NADI – TINY TECHIES: Inovasi Robotik Siri 4
18 Julai 2026 | Aktiviti Terkini18 Julai 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – TINY TECHIES: Inovasi Robotik Siri 4.
Peserta mengikuti sesi Inovasi Robotik Siri 4 melalui rakaman pembelajaran bagi memahami asas robotik dan pengaturcaraan. Sesi ini memberi pendedahan tentang penggunaan sensor, motor, serta arahan kawalan untuk menggerakkan robot. Peserta juga mempelajari cara menguji fungsi robot, menyelesaikan masalah, dan membuat penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi robot. Program ini membantu meningkatkan kemahiran berfikir secara logik, kreatif dan inovatif dalam bidang STEM.
.Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: